HALAMAN UTAMA    WAWASAN    ORGANISASI     MIPR Portal    KERAJAAN BRUNEI    VERSI INGGERIS
 
   
 
 
 

 
 
PEMBANGUNAN AGROTEKNOLOGI
  • Untuk memudahkan dan membantu pengusaha pertanian untuk menghasilkan produk-produk pertanian dan agri-makanan yang halal, berkualiti, selamat, mesra alam dan berpandukan pasaran;
  • Untuk menghasilkan teknologi-teknologi yang strategik dan inovatif dalam bidang tertentu agroteknologi bagi menggalakkan pembangunan industri pertanian dan agri-makanan yang mampan;
  • Untuk mendokong pembangunan industri pertanian dan agri-makanan tempatan dengan menyediakan khidmat nasihat, konsultansi, perkhidmatan teknikal dan pemindahan teknologi dalam bidang-bidang tertentu agroteknologi kepada industriindustri berkenaan.
  • Untuk meningkatkan kepakaran dan keupayaan dalam sektor-sektor tertentu agroteknologi bagi mendokong peningkatan pembangunan selanjutnya industri pertanian dan agri-makanan; dan
  • Untuk membantu dalam penguatkuasaan peraturan, garis panduan dan piawaian dalam industri pertanian dan agrimakanan.

Aktiviti-aktiviti utama Unit-Unit di bawah Bahagian
Pembangunan Agroteknologi ialah:

  • Lepas Tuai & Teknologi Makanan – Pembangunan sistem-sistem pengurusan dan pengendalian lepas tuai bagi buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan, pemprosesan dan pembangunan produk, kajian dalam pembungkusan makanan, pembangunan sistem pengurusan kualiti dan keselamatan makanan dan menyediakan perkhidmatan kawalan mutu,
    analisis makanan, khidmat nasihat dan pemindahan teknologi.
  • Teknologi Ladang – Penyerapan dan pemindahan teknologi ladang yang bersesuaian untuk meningkatkan penghasilan ladang sayur-sayuran melalui teknologi hidroponik dan penanaman rumah rawa.
  • Bioteknologi – Kajian pembiakkan besar-besaran benih tanaman hortikultur melalui kaedah tisu didik, koleksi dan aktiviti ujian kultur cendawan, pengeluaran benih-benih cendawan untuk para peladang, pemuliharaan ek-situ spesis tanaman ubatan, analisis kandungan tanaman ubatan dan menyediakan khidmat nasihat dan pemindahan teknologi.
  • Tanah dan Nutrien Tanaman – Kajian terhadap kesuburan tanah dan pemakanan tanaman, menyediakan khidmat dokongan dan nasihat dalam penganalisaan kimia contoh tanah, daun, baja dan air, mengadakan latihan penghasilan kompos dan penggunaan baja, dan mengumpul data-data kajicuaca pertanian
  • Teknologi Agrokimia – Menganalisa secara rutin dan membuat kajian baki sisa racun kimia dalam hasil pertanian khususnya sayur-sayuran dan buah-buahan bagi mengawal keselamatan makanan yang melibatkan pengambilan dan pemantauan hasil tanaman keluaran tempatan dan sampel import serta mengawal kemasukan agrokimia dan baja jenis inorganik.