HALAMAN UTAMA    WAWASAN    ORGANISASI     MIPR Portal    KERAJAAN BRUNEI    VERSI INGGERIS
 
   
 
 
 

 
 
KERJASAMA ANTARABANGSA

Sejak kemerdekaannya pada tahun 1984, Negara Brunei Darussalam telah menyertai keanggotaan berbagai organisasi serantau dan antarabangsa. Salah satu kegiatan yang penting ialah penyertaan dalam Association of South East Asian Nations (ASEAN) dan Asia Pacific Economic Cooperation (APEC).

Dalam sektor pertanian, Jabatan memainkan peranan penting sebagai ahli “ASEAN Meeting on Agriculture and Forestry (AMAF)”. Sub Sektor di bawah AMAF terdiri daripada “ASEAN Sectoral Working Group on Agricultural Cooperatives (AWGAC)”, “ASEAN Sectoral Working Group on Crop (AWGC)”, “ASEAN Sectoral Working Group on Livestock (AWGL)”, “ASEAN Food Security Reserve Board (AFSRB)”, “ASEAN Working Group on Extension Services (AWGATE)” dan lain-lain. Sebagai ahli dalam sub sektor ini Jabatan Pertanian banyak memperolehi faedah daripada kerjasama teknikal, lawatan, bantuan melalui projek ASEAN dan negara negara membangun dan sebagainya. Selain daripada AMAF, wakil daripada Jabatan Pertanian juga terlibat sebagai ahli dalam “Sub-Committee on Food Science and Technology (SCFST)” di bawah “ASEAN Committee on Science and Technology (COST)”.

Jabatan Pertanian juga tidak ketinggalan dalam menglibatkan diri dalam “Brunei, Indonesia, Malaysia dan Philippines – East ASEAN Growth Area (BIMP EAGA)”. Negara ini pernah menjadi tuan rumah kepada Kongres Orkid BIMP-EAGA pada tahun 2001.
Sejak tahun 1998, Jabatan Pertanian juga aktif berkerjasama dengan “Commonwealth Secretariat” bagi pengendalian beberapa projek melalui “Commonwealth Fund On Technical Cooperation (CFTC). Di antara projek projek yang telah berjaya dilaksanakan ialah “Institutional Support for Horticulture, Agro-Processing and Production”, “Feasibility Assessment Of A Commercial Floriculture Industry”, “Technical Assistance To Enhance Competitiveness Of Agribusiness in Brunei Darussalam” dan “Feasibility Study on The Establishment of Feedmill in Brunei Drussalam”. Kerjasama dengan “Commonwealth Secretariat” sejauh ini sangat berkesan kepada Jabatan Pertanian sehingga membawa kepada perubahan arahtuju bagi memajukan sektor Pertanian dan Makanan.

Lain-lain institusi yang berhubung rapat dengan Jabatan Pertanian dalam dibidang teknikal ialah “Pusat Serantau Pengajian Graduan dan Penyelidikan Pertanian (SEARCA)”, “Asian Regional Centre for Tropical Biology (BIOTROP)”, CAB International, “Malaysia Agriculture Research and Development Institute (MARDI)” dan “Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM)”. Negara Brunei Darussalam juga ahli kepada Codex Alimentarius Commission dan “World Organisation for Animal Health (OIE)”.