HALAMAN UTAMA    WAWASAN    ORGANISASI     MIPR Portal    KERAJAAN BRUNEI    VERSI INGGERIS
 
   
 
 
 

 
 
PANDUAN TATACARA KURANTIN HAIWAN

SYARAT-SYARAT TAMBAHAN BAGI BINATANG DAN BURUNG-BURUNGAN

Pengimportan binatang-binatang dan burung-burungan yang tergolong daripada binatang-binatang dan burung-burungan yang TERKAWAL (C.I.T.E.S - Convention of International Trade in Endangered Species) dimestikan untuk mendapatkan sijil
CITES daripada agensi Kerajaan yang bertanggungjawab dalam pengawalan binatang-binatang dan burung-burungan tersebut sebelum membuat permohonan.

SYARAT-SYARAT TAMBAHAN BAGI PENGIMPORTAN BINATANG RUMINAN (UNTUK DISEMBELIH ATAU DIPELIHARA)

  1. Mempunyai syarikat yang berdaftar di Jabatan Undang-Undang dan Jabatan Pertanian.
  2. Modal yang terjamin.
  3. Menyediakan kawasan untuk penyimpanan (kandang/halaman) yang bersesuaian.
  4. Mempunyai tempat penyembelihan yang bersesuaian (Bagi binatang ruminan untuk disembelih) dan diperakui oleh pihak
    berkuasa.
  5. Pemakanan yang mencukupi dan sempurna.
  6. Pengangkutan yang teratur.
  7. Mempunyai pelanggan atau pembeli yang tetap.
  8. Ternakan yang dibenarkan masuk hendaklah disahkan bebas daripada sebarang penyakit berjangkit yang boleh menjejaskan kesihatan awam dan ternakan dalam negeri seperti Penyakit Kuku dan Mulut, Anthrax, Bovine Spongiform Encephalopathy (BSE) dan Rinderpest oleh pihak berkuasa veterinar (negara pengeksport).
  9. Negara pengeksport mestilah disahkan secara resmi bebas daripada penyakit Penyakit Kuku dan Mulut, (FMD) Anthrax, Bovine Spongiform Encephalopathy (BSE) Rinderpest dan penyakit-penyakit lain yang berbahaya.
  10. Hanya dibenarkan mengimport ternakan yang telah dikurantin sekurang-kurangnya 21 hari di Negara Pengeksport.
 

 

  1. Pendahuluan
  2. Tujuan
  3. Penguatkuasaan
  4. Permit Import
  5. Pengimportan Bagi Binatang Hidup
  6. Kurantin Bagi Anjing Dan Kucing Sahaja
  7. Syarat-Syarat Tambahan Bagi Binatang dan Burung-Burungan
  8. Syarat-Syarat Tambahan Bagi Pengimportan Binatang Ruminan (untuk Disembelih atau Dipelihara)
  9. Tempoh Masa Kurantin
  10. Siji Akuan Kesihatan
  11. Bayaran Bagi Binatang Eksport
  12. Pintu-Pintu Masuk
  13. Prosedur Transit
  14. Maklumat Lanjut