|
TEMPOH MASA KURANTIN
| Kerbau, Lembu, Kambing, Rusa, Biri-Biri |
Bebas dari kurantin. Hanya dibenarkan mengimport dari negara-negara yang bebas dari penyakit Foot and Mouth (FMD), Bovine Spongiform Enchephalities (BSE),
Anthrax dan penyakit-penyakit lain yang berbahaya dari masa ke semasa oleh Jabatan Pertanian. |
| Khinzir hidup |
Dilarang import |
| Kuda |
Bebas dari kurantin. Tidak dibenarkan mengimport sebelum mendapat kebenaran bertulis dari Royal Polo club, Jerudong |
| Burung-Burung |
Bebas dari kurantin. Dilarang mengimport jika berlaku wabak penyakit berbahaya di negara pengeksport seperti selesema burung (Avian Flu) atau penyakit yang boleh membahayakan binaang lain serta manusia. |
| Anjing dan Kucing |
Kurantin adalah diperlukan seperti yang tercatat didalam "Circular 9/1973". |
| Telur |
Tidak dibenarkan mengimport kecuali pada masa yang tertentu sahaja dengan kebenaran Pengarah Pertanian |
| Telur Berbenih |
Bebas dari kurantin. Dibenarkan mengimport jika diperlukan daripada negara yang bebas dari penyakit seperti selesema burung atau penyakit yang boleh membahayakan binatang lain serta manusia |
Bagi binatang yang diimport tanpa mempunyai surat-surat dokumen yang lengkap. Pegawai Haiwan berhak memusnahkan atau diarahkan untuk menghantar balik ke negara asal atas sebarang tindakan yang difikirkan sesuai oleh Pegawai Haiwan.
Jabatan Pertanian boleh menegah atau melarang keluar dan masuk haiwan/ternakan serta produk daripadanya di atas sebab-sebab kesihatan atau penyakit.
SIJIL AKUAN KESIHATAN
Binatang-binatang, burung-burungan dan hasil-hasil binatang yang hendak dieksport mestilah mempunyai sijil akuan kesihatan yang dikeluarkan oleh Pegawai Haiwan yang ditauliahkan. Permohonan bolehlah dibuat di Unit Kurantina Ternakan.
Pengeksport hendaklah membawa binatang-binatang yang hendak dieksport untuk pemeriksaan kesihatan. Hanya binatang-binatang yang disahkan sihat sahaja dibenarkan untuk dieksport.
|