|
PENDAHULUAN
Peranan utama Kurantin Haiwan, Jabatan Pertanian ialah pengawalan kemasukkan dan keluar haiwan/ternakan serta produk-produk daripadanya. Pengawalan termasuk mempastikan negara-negara
pengeksport bebas daripada wabak penyakit yang berbahaya dan boleh memudaratkan kepada Industri Ternakan/haiwan serta kesihatan awam
di negara ini.
Perkhidmatan ini adalah seperti di bawah Subsidiary Legislation "Quarantine and Prevention of Disease (Animals) Regulations" section 91 dan 92 Chapter 47 of Laws of Brunei Darussalam.
TUJUAN
- Mempastikan semua ternakan serta produk daripadanya yang dibawa masuk dan keluar daripada Negara Brunei Darussalam mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan, seperti mempunyai dokumen-dokumen kesihatan dan yang seumpamanya.
- Mencegah penyakit merbahaya di bawa masuk ke Negara Brunei Darussalam melalui import ternakan serta produk daripadanya.
- Mempastikan semua ternakan serta produk daripadanya yang dibawa masuk ke negara ini bebas daripada penyakit-penyakit eksotik yang boleh menjejaskan kemajuan industri ternakan di negara ini serta perkara-perkara yang boleh menjejaskan kesihatan orang ramai.
-
PENGUATKUASAAN
Perkhidmatan Kurantin Haiwan diberi kuasa di bawah Chapter 47 Subsidiary Legislation - "Quarantine and Prevention of Disease" of the laws of Brunei, melarang import atau mengenakan tahanan, rawatan, suntikan dan pemerhatian ke atas barangan yang diimport jika perlu.
Pemeriksaan ke atas semua ternakan serta produk daripadanya di setiap pas-pas kawalan samada yang hendak dibawa keluar atau masuk ke atau dari Negara Brunei Darussalam. Semua barangan ini mestilah mempunyai :-
- Surat kebenaran membawa masuk (Import Permit) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian.
- Sijil akuan kesihatan atau yang sebanding dengannya yang hanya dikeluarkan oleh Pegawai Haiwan yang ditauliahkan oleh Negara pengeksport dalam tempoh tujuh (7) hari sebelum penghantaran.
- Lain-lain dokumen yang dikehendaki
|