HALAMAN UTAMA    WAWASAN    ORGANISASI     MIPR Portal    KERAJAAN BRUNEI    VERSI INGGERIS
 
   
 
 
 

 
 
PANDUAN TATACARA KURANTIN HAIWAN

Prosedur Bagi Pengimportan
Bahan-Bahan dan Hasil-Hasil Tanaman

PENDAHULUAN

Unit Kuarantin Tumbuhan adalah salah satu Unit Jabatan Pertanian yang bertanggungjawab dalam pengawalan kemasukan musuh dan penyakit-penyakit tumbuhan yang berbahaya kepada industri tanaman.
Peraturan ini adalah di bawah Bab 43, Akta Musuh dan Penyakit Tumbuhan yang Berbahaya (CHAPTER 43, AGRICULTURAL PESTS AND NOXIOUS PLANTS ACT.) Seksyen 24 (1) (F) Revised edition 1984.

TUJUAN

Untuk mencegah kemasukan musuh dan penyakit tanaman ke Negara Brunei Darussalam selaras dengan Peraturan Perdagangan Antarabangsa dengan mengharamkan, menghadkan dan mengawal
kemasukan bahan-bahan dan hasil-hasil tanaman seperti tumbuhtumbuhan, biji benih, umbisi, batang keratan, rizom, sayur-sayuran, buah-buahan, rumput-rumpai, baja organik dan lain-lain organisma
hidup.

PENGUATKUASAAN

Bagi mengawal dan mencegah musuh dan penyakit tumbuh-tumbuhan yang berbahaya, KESEMUA jenis tumbuh-tumbuhan dan bahan tumbuhan yang dibawa masuk ke negara ini adalah tertakluk kepada
peraturan seperti berikut :

  1. PENCEGAHAN ke atas kemasukan musuh-musuh dan penyakit tumbuh-tumbuhan yang diisytiharkan berbahaya kepada pertanian.;
  2. PENCEGAHAN ke atas kemasukan SEMUA jenis-jenis tanaman yang menjadi tanaman hos kepada musuh dan penyakit berbahaya itu.;
  3. PENCEGAHAN ke atas kemasukan tumbuh-tumbuhan tertentu di mana penyakit tumbuhan berleluasa di negeri asal.;
  4. RAWATAN-RAWATAN tertentu dimestikan dilakukan ke atas SEMUA turnbuh-tumbuhan dan bahan-bahan tumbuhan yang dibawa masuk ke negara ini. ;
  5. Tumbuh-tumbuhan dan bahan tumbuh-tumbuhan yang dibawa masuk ke Negara ini dimestikan untuk DIPERIKSA ;
  6. Tumbuh-tumbuhan dan bahan tumbuh-tumbuhan yang DISYAKI atau DIDAPATI mengandungi musuh dan penyakit akan diberi rawatan atau dimusnahkan ;

PERINGATAN : Turnbuh-tumbuhan yang telah diberikan rawatan di negeri asalnya tidak bererti ianya bebas dari musuh dan penyakit. Serangan musuh dan penyakit boleh berlaku dalam perjalanan (semasa pengangkutan)

 

 

  1. Pendahuluan
  2. Tujuan
  3. Penguatkuasaan
  4. Prosedur Import
  5. Pengimport
  6. Kadar Bayaran
  7. Tempat-tempat mendapatkan surat dan Sijil Kesihatan Tumbuhan
  8. Kesalahan dan Pelanggaran Peraturan Kuarantin Tumbuhan