|
Prosedur Bagi Pengimportan
Bahan-Bahan dan Hasil-Hasil Tanaman
PROSEDUR IMPORT
Sabit dengan undang-undang ini, KESEMUA jenis tumbuh-tumbuhan, bahan tumbuhan, termasuk sayur-sayuran dan buah-buahan yang dibawa masuk ke negara ini hendaklah mempunyai :
- PENDAFIARAN PENGIMPORT
- SURAT PERMIT MEMBAWA MASUK TUMBUHTUMBUHAN (Import Permit)
- SIJILKESIHATAN TUMBUHAN (Plant Phytosanitary Certificate)
PENDAFTARAN PENGIMPORT. Peraturan ini khas bagi semua pengimport bahan-bahan dan hasil-hasil tanaman bagi tujuan perniagaan. Pengimport mestilah berdaftar terlebih dahulu dengan Jabatan Pertanian, Kementerian Perindustrian Dan Sumber-Sumber Utama, selepas itu permohonan bagi Surat Kebenaran Import (Import Permit) bolehlah dibuat.
SURAT KEBENARANIMPORT MEMBAWA MASUK TUMBUHAN. (IMPORT PERMIT)
Surat Kebenaran Import ini dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian, Kementerian Perindustrian Dan Sumber-Sumber Utama bagi menentukan JENIS dan BANYAK tanaman / tumbuhan yang hendak dibawa masuk serta SYARAT-SYARAT yang dikenakan. Tempoh masa bagi pengeluaran Import Permit Tumbuhan ialah selama 3 hari sahaja. Sebarang kemasukan tumbuhan dan bahan tumbuhan yang TIDAK mempunyai surat ini atau tidak ada dalam senarai akan dirampas, dimusnahkan atau dikembalikan kepada pengirim, dan pengimport boleh didakwa di bawah undan-gundang yang tersebut di atas.
SIJIL KESIHATAN TUMBUHAN (FITOSANITARI). Sijil ini dikeluarkan oleh Penguasa Kuarantin Tumbuhan yang diiktiraf di negara asal. Sijil pengakuan Penguasa tersebut adalah mengenai
kesihatan tumbuhan itu dan rawatan-rawatan yang telah dikeluarkan oleh pihak Penguatkuasa negara asal. Sijil hanyalah diperakui dalam masa 14 HARI dari tarikh sijil berkenaan dikeluarkan. Jabatan Pertanian, Kementerian Perindustrian Dan Sumber-Sumber Utama juga mengeluarkan Sijil Kesihatan (Fitosanitari) bagi tumbuhan dan bahan tumbuhan untuk DIEKSPORT. Bakal-bakal pengeksport adalah dinasihatkan untuk mendapatkan Import Permit daripada negara pengimport.
Pengimportan tumbuhan dan bahan tumbuhan TANPA sijil ini akan ditahan bagi pemeriksaan dan rawatan. Kos rawatan akan ditanggung oleh para pengimport.
|