|
Prosedur Bagi Pengimportan
Bahan-Bahan dan Hasil-Hasil Tanaman
PENGIMPORT
A. SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN DARI NEGARI SABAH DAN SARAWAK
Pengimport mestilah terlebih dahulu mengisi borang senarai yang mengkehendaki keterangan berikut :-
- Jenis barang yang hendak diimport berserta dengan kuantitinya.
- Pengimport perlulah menyatakan nama dan alamat ladang pembekal.
- Semua borang senarai mestilah salinan asal.
Cara Penghantaran :
Sayur-Sayuran dan buah-buahan yang dihantar ke Negara Bunei Darussalam mestilah mempunyai penanda (tagging) dan pembungkusan yang sempurna. Penanda dan
pembungkusan mestilah mempunyai maklumat seperti berikut :-
Penanda (Tagging):
• No Siri
• Kod atau nama Penanam
• Jenis Sayur
• Berat bersih
• Kod atau Nama pengeksport
• Tarikh
Pembungkusan:
- Menggunakan kotak, bakul plastik atau bahan yang sebanding dengannya.
- Satu jenis sayur bagi pembungkusan beratnya tidak lebih 30kg.
- Menggunakan bahan pelapik daripada kertas atau plastik, bahan-bahan tanaman tidak boleh digunakan sebagai bahan pelapik.
Tempat Masuk: Setiap permohonan hendaklah menyatakan nama Pos-Pos Kawalan di Negara Brunei Darussalam di mana sayur-sayuran dan buah-buahan tersebut akan dihantar.
B. PENGIMPORT SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN DARI NEGARA-NEGARA LAIN
Pengimport mestilah terlebih dahulu mengisikan borang senarai yang mengkehendaki keterangan berikut:
- Jenis barang yang hendak diimport berserta dengan kuantitinya.
- Pengimport perlulah menyatakan nama dan alamat ladang pembekal.
- Semua borang senarai mestilah salinan asal.
Cara Penghantaran: Semua sayur-sayuran dan buah-buahan yang dihantar ke Negara ini mestilah mempunyai pembungkusan serta nama dan alamat ladang pembekal.
Tempat Masuk: Setiap permohonan hendaklah menyatakan nama Pos-Pos Kawalan di Negara Brunei Darussalam di mana sayur-sayuran dan buah-buahan tersebut akan dihantar.
Pengimport mestilah menunjukkan dokumen-dokumen berkenaan bagi pemeriksaan di Pos-Pos Kawalan kemasukkan barangan pertanian. Dokumen-dokumen dan syarat-syarat yang diteliti adalah seperti berikut:
- Surat Kebenaran mengimport (Import Permit) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian, Negara Brunei Darussalam.
- Sijil Kesihatan Tumbuhan (Phytosanitary Certificate) yang dikeluarkan oleh Negara Pengeksport (Negara Asal).
- Semua sayur-sayuran dan buah-buahan hendaklah diberikan penanda (tag) dan dibungkus. Penanda dan Pembungkusan mestilah mengandungi maklumat seperti yang dilampirkan pada Import Permit.
Jabatan Pertania boleh mengambil contoh secara rambang sayur-sayuran dan buah-buahan untuk dijalankan ujian musuh dan penyakit dan sisa racun kimia.
Borang pelepasan barangan tersebut akan diberikan setelah pemeriksaan dibuat dan diluluskan.
|