HALAMAN UTAMA    WAWASAN    ORGANISASI     MIPR Portal    KERAJAAN BRUNEI    VERSI INGGERIS
 
   
 
 
 

 
 
PANDUAN TATACARA KURANTIN HAIWAN

Prosedur Bagi Pengimportan
Bahan-Bahan dan Hasil-Hasil Tanaman

CAJ PERKHIDMATAN

Bayaran yang dicaj bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan seperti pengeluaran Import Permit tumbuhan dan Sijil Kesihatan, disinfeksi dan rawatan akan ditanggung oleh para pengimport.

 

TEMPAT-TEMPAT MENDAPATKAN SURAT DAN SIJIL KESIHATAN TUMBUHAN

Unit Kuarantin Tumbuhan
Jabatan Pertania
Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama
Jalan Airport Lama Berakas
Bandar Seri Begawan BB3510
Negara Brunei Darussalam

 

KESALAHAN DAN PELANGGARAN PERATURAN KUARANTIN TUMBUHAN

Jabatan Pertanian, Kementerian Perindustrian Dan Sumber-Sumber Utama mempunyai kuasa dibawah Bab 43, Akta Musuh dan Penyakit Tumbuhan yang Berbahaya (CHAPTER 43, AGRICULTURAL PESTS
AND NOXIOUS PLANTS ACT) Seksyen 24 (1) (F) Revised edition 1984 untuk menahan, memeriksa KESEMUA tumbuhan, bahan tumbuhan dan barangan yang mengandungi tumbuhan, walaupun pembawaan dan pengirim barangan tersebut mempunyai Surat
Kebenaran (Import Permit ) dan Sijil Kesihatan Tumbuhan.

Sebarang pembawaan masuk dan pengiriman tumbuhan dan barangan yang mengandungi tumbuhan yang melanggar peraturan Kuarantin
ini akan dirampas, dimusnahkan atau dikembalikan kepada pengirim dengan perbelanjaannya ditanggung oleh pihak-pihak yang berkenaan.
Pengimport/Penerima akan didakwa dalam mahkamah.

Jabatan Pertanian, Kementerian Perindustrian Dan Sumber-Sumber Utama tidak bertanggungjawab ke atas kerosakan tumbuh, bahan tumbuhan yang sabit daripada pemeriksaan, pengendalian, rawatan
dan penahanan di Post Kawalan.

Jika Awang / Dayang keluar Negeri dan BERCADANG membawa balik:

  • Buah
  • Sayur
  • Biji benih tanarnan
  • Keratan / Semaian tanaman
  • Bunga-bungaan hidup
  • Lakoman / sandingan tanaman
  • Bahan / barangan tumbuhan
  • Serangga dan organisma tumbuh yang hidup
  • Baja organik

SILA BERHUBUNG DAN MINTA NASlHAT DARI :-
Unit KuarantinTumbuhan
Jabatan Pertanian
Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama
Jalan Airport Lama Berakas
Bandar Seri Begawan BB 3510
Negara Brunei"Darussalam
Tel: +673 2388000
Fax: +6732382226

 

 

  1. Pendahuluan
  2. Tujuan
  3. Penguatkuasaan
  4. Prosedur Import
  5. Pengimport
  6. Kadar Bayaran
  7. Tempat-tempat mendapatkan surat dan Sijil Kesihatan Tumbuhan
  8. Kesalahan dan Pelanggaran Peraturan Kuarantin Tumbuhan