|
1. PENGENALAN
Brunei Darussalam sememangnya menitik beratkan pembangunan pertanian, yang menjadi tunggak kepada jaminan pembekalan makanan. Sehubungan dengan itu, Jabatan Pertanian bergiat aktif mempromosikan pembangunan pertanian serta memudahkan pembekalan komoditi pertanian dan makanan dari sumber luar. Walaupun banyak kemajuan telah dicapai dalam pengeluaran primari, seperti daging ayam, telur, sayur-sayuran dan buah-buahan, namun potensi dalam industri hiliran sekunder, terutamanya dalam pemprosesan makanan masih belum diterokai sepenuhnya. Kita berpendapat bahawa industri sekunder mempunyai banyak potensi dalam pemprosesan barangan tambah nilai untuk pasaran dalam ASEAN.
- Penggunaan Tanah Pertanian
Terdapat sejumlah 12,588 hektar kawasan pertanian. Pada tahun 2003 sejumlah 7,859 hektar telah dimajukan dan bakinya 4,729 hektar masih terbuka kepada pelabur. Kira-Kira 55 peratus daripada keluasan 7,859 hektar tersebut adalah kawasan ragutan ternakan dan selebihnya terdiri daripada tanaman hortikultur, tanaman campuran dan ternakan ayam.
Kerajaan bersedia mendukung pembangunan industri pertanian dan telah menyediakan pelbagai prasarana. Oleh itu, Jabatan Pertanian telah membelanjakan sejumlah wang yang banyak dalam pembinaan jalan, pengairan dan saliran serta pembekalan letrik dan air untuk membantu usahawan memajukan perladangan. Jabatan juga bergiat mempermudahkan aliran teknologi dan menyediakan pelbagai perkhidmatan dalam usaha meningkatkan produktivit dan kualiti pertanian tempatan.
Pengeluaran tanaman dikuasai oleh hortikultur, yang terdiri daripada tanaman sayur-sayuran, buah-buahan, florikultur dan tanaman hiasan. Perladangan sayur-sayuran dan tanaman hiasan. Perladangan sayur-sayuran lebih tertumpu di pingir-pingir bandar, manakala dusun-dusun buah-buahan berselerak di seluruh pelusuk perkampungan.
Dalam tahun 2003, pengeluaran sayur-sayuran mencatatkan hampir 10,360mt, kebanyakkannya adalah sayuran dedaun. Pada tahun yang sama, pengeluaran tanaman mencatatkan lebih 4,600mt hasil buah-buahan dan hampir 547 mt beras.
Pengurusan florikultur masih ditahap yang rendah dengan menghasilkan sejumlah kecil bunga orkid dan pelbagai bunga tropika. Terdapat banyak peluang untuk menerokai sumber biodiversiti yang teramat kaya, khususnya dalam pembangunan makanan unsur ubat-ubatan dan produk herba. Beberapa tumbuhan perubatan yang asli kepada Borneo juga berpotensi untuk dikomersilka. Bagaimanapun, ianya masih memerlukan usaha penyelidikan untuk tujuan agronomi dan komersil.
Usaha penternakan lebih tertumpu kepada ayam, khususnya dalam pengeluaran ayam pedaging dan telur. Hasil pengeluaran dalam tahun 2003 mencatatkan kira-kira 15,400 mt daging ayam dan lebih 5,000 mt telur. Kini, negara telah mencapai tahap sara diri bagi komoditi berkenaan. Ini adalah berikutan dengan peningkatan penggunaan sistem reban tertutup yang telah meningkatkan kecekapan pengeluaran dan membantu meningkatkan hasil.
Penternakan ayam masih boleh dimajukan melalui integrasi menegak dan melintang. Sebenarnya, beberapa ladang sudahpun melakukan kedua-dua integrasi huluan dan hiliran untuk mendapatkan sinergi perniagaan, misalannya dalam perkilangan makanan ternakan dan pemprosesan lanjut.
Penternakan ruminan masih rendah dengan mencatatkan hasil kira-kira 200mt daging. Kebanyakkan daripada keperluan daging adalah diimport. Adalah nyata bahawa kekurangan kawasan merupakan penghalang utama, akan tetapi sistem fidlot membukakan peluang untuk penternakan kerbau dan lembu secara intensif. Peluang ini masih belum dimanfaatkan untuk membekal komoditi daging kepada pasaran serantau yang lumayan.
Selain daripada kerbau dan lembu, terdapat juga segelintir ternakan lembu tenusu Friesian yang menghasilkan kira-kira 97,858 liter susu segar untuk pasaran tempatan. Juga terdapat sejumlah kecil bilangan kambing dan rusa yang belum memberikan impak kepada pengeluaran daging.
|