|
2. AGRIBISNES : SATU LEMBARAN BARU
Kita membukakan satu lembaran baru dalam sektor pertanian yang tidak lagi terbelenggu dalam pengeluran komoditi primari, tetapi mengharungi alam perniagaan yang menjurus kepada industri pemprosesan dan pemprosesan lanjut serta lain-lain perkhidmatan. Brunei Darussalam memperakui betapa pentingnya pengeluaran primari bagi jaminan makanan negara serta kepentingan sosial, tetapi batasan kurang kelebihan berbanding sememangnya nyata.
Oleh itu, adalah perlu dimajukan agribisnes yang mana kita mempunyai kelebihan dalam industri sekunder, iaitu dalam pemprosesan dan pemprosesan lanjut produk-produk tambah nilai untuk mengsasarkan secara terpilih pasaran-pasaran serantau dan antarabangsa.
Brunei Darussalam mempunyai sumber bahan tenaga yang banyak untuk mendukung pembangunan industri. Tambahan pula, Kerajaan juga mendukung pelaburan dalam sektor perindustrian termasuklah pemprosesan makanan. Oleh itu, terdapat banyak peluang bagi pelabur mendirikan pusat pembuatan mereka di negara ini dan menggunakan bekalan komoditi mentah dari serantau.
Dengan cara sedemikian, pelabur boleh menggunakan pentas yang disediakan oleh Brunei Darussalam untuk mengeluarkan produk tambah nilai dan menembusi pasaran pengguna di ASEAN yang melebihi 500 juta penduduk.
|