HALAMAN UTAMA    WAWASAN    ORGANISASI     MIPR Portal    KERAJAAN BRUNEI    VERSI INGGERIS
 
   
 
 
 

 
 
PELUANG PELABURAN DALAM AGRIBISNES

3. MENGAPA MELABUR DI BRUNEI DARUSSALAM

Brunei Darussalam memperakui peranan sektor swasta dalam membangunkan agribisnes dorongan pasaran yang maju. Sehubungan dengan itu, Kerajaan menggalakkan pelaburan tempatan dan asing dalam agribisnes melalui dasar yang mesra kepada pelabur, iaitu termasuklah:-

  • Tanah
    Kerajaan akan membantu pelabur mendapatkan kawasan yang bersesuaian untuk menjalankan pelbaqai agribisnes.
  • Prasarana
    Kerajaan sedia mempertimbangkan keperluan bagi menyediakan prasarana asas seperti jalan, saliran, pengairan, dan bekalan air dan letrik.
  • Kebolehsampaian
    Brunei Darussalam rnudah dihubungi melalui laluan pelabuhan, airport, jalan-jalan raya serta tersedia kemudahan
    ICT yang terbaik .
  • Sumber Tenaga Kerja
    Negara ini mempunyai tenaga kerja yang berpendidikan bagi mendukung pembangunan agribisnes. Tambahan pula, dasar Kerajaan yang liberal membenarkan kemasukan tenaga asing yang murah untuk mendukung pembangunan ekonomi.
  • Asas Ekonomi Yang Kukuh
    Brunei Darussalam mempunyai lebihan dagangan yang kukuh untuk menaja program pembangunan tanpa perlu meminjam. Namun, Kerajaan bertekad melaksanakan program pembangunan ekonomi bagi mempelbagaikan ekonomi yang berasaskan petroleum .
  • Kewangan
    Kedudukan mata wang negara adalah sihat atas sokongan rezab asing yang kukuh. Institusi kewangan dikawal sempurna dan mempunyai keupayaan mendukung pembangunan sektor swasta .
  • Dukungan Teknologi
    Kerajaan mendukung penyelidikan dan pembangunan pertanian, iaitu termasuklah teknologi lepas-tuai. Sektor swasta mudah mendapatkan aset berteknologi dan menikmati penyaluran pengetahuan dan maklumat. Lain-lain program dukungan termasuklah pemasaran tani, pembangunan usahawan dan pembangunan piawaian-piawaian perindustrian.
  • Perlindungan Undang-Undang
    Brunei Darussalam mempunyai kerangka perundangan yang mantap bagi melindungi pelaburan dan aset intelek .
  • Dasar Awam
    Dasar awam yang mesra kepada pelabur iaitu termasuklah insentif percukaian dan taraf perintis .
  • Faktor Sosial
    Brunei Darussalam rnenikmati kestabiIan politik dan keakraban sosial sejak sekian lama yanq boleh menerima baik pelaburan tempatan dan asing
 

 

PELUANG PELABURAN DALAM AGRIBISNES

  1. Pengenalan
  2.    
  3. Agribisnes : Satu Lembaran Baru
  4.    
  5. Mengapa Melabur Di Brunei Darussalam
  6.    
  7. Peluang-Peluang Pelaburan
  8.    
  9. Iklim Pelaburan di Brunei Darussalam
  10.    
  11. Pencukaian dan Insentif