|
4. PELUANG - PELUANG PELABURAN
Peluang masih wujud dalam semua bidang pengeluaran pertanian dan agribisnes, samada dalam pengeluaran primari, pemprosesan makanan maupun penyampaian perkhidmatan profesional. Dalam sektor primari, peluang masih cerah dalam pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran, florikultur, tanaman herba dan ubat-ubatan, penternakan secara fidlot dan pengeluaran ayam. Walau bagaimanapun, peluang agribisnes yang terbaik terdapat dalam industri sekunder. Antaranya termasuklah pemprosesan dan pemprosesan lanjut produk daging, telur, perkisaran bijirin, pemprosesan jus-jusan dan sirap, pembuatan makanan unsur ubatan daripada herba serta pembuatan ubatan veterinar dan biologik. Tambahan pula, sektor perkhidmatan profesional masih belum dimanfaatkan, yang sedia menawarkan banyak peluang untuk pembangunan perkhidmatan makanan dan pemasaran tani, perundingcara agribisnes, perkhidmatan veterinar dan perdagangan kimia pertanian dan barangan veterinar.
Sektor pemprosesan makanan adalah agak istimewa, yang boleh menawarkan peluang bagi menambah nilai komoditi mentah yang diimport untuk dieksport semula ke pasaran serantau ASEAN. Berasaskan anggaran yang konservatif, dengan 3 paratus daripada 500 juta penduduk pada paras per kapita penggunaan 5kg daging ruminan dan 5kg daging ayam, saiz pasaran boleh mencecah 75,000mt bagi setiap produk daging tersebut. Dalam keadaan yang sebenar, per kapita penggunaan bagi masyarakat mewah adalah melebihi 30kg daging lembu dan 50kg daging ayam. Penggunaan daging adalah bercorak anjal pendapatan, oleh itu, dengan kuasa pembeli yang meningkat di negara-negara ASEAN, penggunaan daging dijangka meningkat. Pemprosesan telur juga merupakan satu bidang yang belum diterokai. Telur segar boleh diproses menjadi tepung telur, tepung putih telur dan tepung kuning telur, serta telur cecair. Produk sedemikian lebih mudah ditangani dan dengan jangka hayat yang lama, ianya mampu menembusi
seluruh pelusuk segmen pasaran yang pada asalnya sukar berbuat demikian dengan telur mentah. Rantau ASEAN mempunyai potensi bagi 150,000mt produk proses telur. Ini berasaskan bahawa 3 peratus daripada 500 juta penduduk dengan per kapita penggunaan telur sebanyak 10kg.
Sektor telur berpeluang diintegrasikan dengan mendirikan ladang ayam penelur yang serba rnoden bagi muatan 8 juta ekor yang mempunyai pertalian terus pemprosesan telur serta perkilangan makanan ternakan. Dengan tercapai 30 juta ekor ayam pedaging dan penelur itu nanti, maka pernbinaan kilang makanan ternakan yang bertaraf antarabangsa boleh dilaksanakan, dan boleh disepadukan dengan ekstraksi minyak makan dan perkilangan tepung bijirin. Oleh itu, pemprosesan telur boleh memberikan kesan serampang kepada pemprosesan hasll tanaman, khususnya bagi perkilangan tepung dan minyak makan. Sepertimana lain-lain negara ASEAN, Brunei Darussalam juga boleh mengimport bijiran dan bijian minyak untuk mendukung industri perkilangan tepung dan ekstraksi minyak makan. Oleh itu, korporat berbilang bangsa yang berasaskan sumber-tani mempunyai peluang terbaik untuk menjalankan kegiatan perkilangan tepung dan ekstraksi minyak makan. Kami memandang perkilangan tepung mempunyai daya tarikan yang mampu merangsang pembangunan pengeluaran primari, khususnya dalam penternakan lembu dan kerbau secara fidlot. Anak-anak lembu ceraian susu dan lembu muda tempatan atau diimport dari Australia boleh dipelihara dalarn sistem fidlot ini. Dengan kuantiti import bahan bijirin yang banyak, kos makanan ternakan akan menurun sebanding dengan negara-negara pengimport yang lain di rantau ASEAN. Dengan itu, daya saing Brunei Darussalam akan bertambah baik dalam pasaran serantau samada dari segi harga maupun nilai bagi
wang.
Sektor pengeluaran sayur-sayuran dan buah-buahan masih menguntungkan bagi memenuhi permintaan tempatan. Pelaburan dalam teknologi tinggi dan moden masih mampu meningkatkan sut keuntungan dalam sektor ini.
Terdapat lain-lain bidang primari yang masih belum dicuba, yang mana menyediakan peluang menghasilkan produk baru untuk pasaran-pasaran ceruk. Kami percaya, tanaman herba dan ubat-ubatan boleh dikomersilkan . Antara tumbuhan tersebut ada yang sudahpun dikenali ramai di negara ini dan serantau, tetapi masih belum diusahakan dalarn skala agronomi. Pelabur yang berwibawa boleh berinovasi menghasilkan produk baru unsur ubatan, seperti biskut herba dan minuman tonik. Florikultur di negara ini masih kecil dan sedang membangun, dengan prasarana yang ada pelabur berpeluang merebut pasaran dunia yang lumayan bagi bunga-bungaan dan tumbuhan hiasan. Pelabur yang mempunyai jaringan perniagaan yang meluas seharusnya memanfaatkan pelbagai insentif yang disediakan oleh Kerajaan dengan mendirikan perusahaan di sini dan mengeksport produk mereka.
Selain daripada peluang yang terdapat dalam industri pertanian primari dan sekunder , peluang dalam sektor perkhidmatan juga amat terbuka. Perkhidmatan profesional dalam pemasaran , amalan veterinar, dan perdagangan barangan pertanian dan veterinar masih amat diperlukan oleh masyarakat peniaga dan
pengguna, dan mereka dialu-alukan membuka perniagaan di Brunei Darussalam.
|