|
IKLIM PELABURAN DI BRUNEI DARUSSALAM
Brunei Darussalam menawarkan persekitaran yang baik dan kondusif untuk pelaburan :-
- Kestabilan dan kemakmuran yang bukan sahaja tersedia dengan prasarana yang terbaik, bahkan juga terletak pada lokasi yang strategik dalam kumpulan 10 buah negara ASEAN. Brunei Darussalam mudah dijelajahi dari mana-mana tempat dalam Asia dan merupakan Pusat Perantaraan bagi ASEAN dengan masa penerbangan ke Bangkok, Jakarta, Kuala Lumpur, Manila dan Singapura antara 11/2 hingga 3 jam sahaja
- Peraturan mengenai pegangan ekuiti asing yang fleksibel, sehingga 100 peratus hak milik asing.
- Kos utiliti adalah antara yang paling rendah dalam rantau ini.
- Walaupun saiz pasaran tempatan adalah agak kecil, akan tetapi amat lumayan dan kebanyakan pelabur asing tidak menghadapi persaingan dengan pelabur tempatan .
- Suasana kehidupan di Brunei Darussalam adalah antara yang terbaik dalam rantau ini, yang mana pelabur-pelabur akan terasa taraf kehidupan yang tinggi di sini adalah menyeronokkan dan selamat, dengan kadar jenayah dan tahap pencemaran di antara yang paling rendah di dunia.
|