|
5. PERCUKAIAN DAN INSENTIF
Brunei Darussalam diibaratkan sebagai syurga dari segi percukaian, yang mana jikapun cukai dikenakan pembayarannya hanyalah sekadar minimun sahaja. Cukai pendapatan, cukai eksport, cukai jualan , cukai gaji dan cukai pembuatan kesemuanya tidak dikenakan. Pemilikan tunggal perniagaan dan rakan kongsi pemiagaan juga terkecuali daripada dikenakan cukai. Sementara itu, bagi perniagaan atas nama syar ikat-syarikat akan dikenakan cukai minima. Walaupun demikian, insentif dalam bentuk pengecualian cukai akan diberikan kepada syarikat yang hendak memulakan perniagaan dan syarikat yang hendak mengembangkan perniagaan seperti berikut : -
- Status Perintis
Mana-mana syarikat berhad yang ditauliahkan Sijil Perintis akan menikmati insentif seperti berikut :-
- Pengecualian Cukai Korporat.
Cukai korporat 30 peratus akan dikecualikan bagi syarikat bertaraf perintis bagi tempoh asas selama lima tahun bergantung kepada tahap perbelanjaan modal tetap seperti berikut : -
Perbelanjaan Modal Tetap B$500 ,000 tetapi kurang daripada B$2.5 juta, Tempoh Pengecualian Cukai ialah 5 Tahun
Manakalah Perbelanjaan Model Tetap sebanyak B$2.5 juta atau lebih, Tempoh Pengecualian Cukai ialah 8 Tahun
Pengecualian cukai berkuatkuasa pada hari permulaan pengeluaran dan boleh dilanjutkan selama 5 tahun bagi sesuatu masa, tetapi tidak melebihi tempoh 11 tahun.
- Pengecualian Cukai Barangan Kapital lmport
Syarikat yang bertaraf perintis dikecualikan daripada membayar cukai import bagi jentera, peralatan komponen, aksesori atau bahan-bahan bangunan.
- Pengecualian Cukai Bahan-Bahan Mentah
Syarikat yang bertaraf perintis dikecualikan daripada membayar cukai bagi import bahan-bahan mentah untuk tujuan pembuatan barangan perintis , yang mana bahan tersebut tidak boleh diperolehi atau tidak dikeluarkan dalam negara.
- Insentif Pinjaman Asing
Syarat 20 peratus cukai pegangan yang dikenakan ke atas pembayaran bunga kepada peminjam yang tidak menetap di negara ini dikecualikan bagi mana-mana pinjaman yang
telah diluluskan, jika : -
- Pinjaman tersebut digunakan untuk membeli peralatan pengeluaran,
- Kemudahan kredit diperolehi melalui perjanjian kewangan dengan syarikat peminjam asing,
- Jumlah pinjaman tidak kurang daripada B$200,OOO.
- Insentif Bagi Mengembangkan Perniagaan Yang Sedia Ada
Mana-mana syarikat yang terlibat dengan Industri dan Barangan , Diluluskan ingin membelanjakan modal baru bagi tujuan pembuatan atau penambahan pembuatan barangan tersebut boleh memohon mendapatkan Sijil Pembesaran .
Untuk layak mendapatkan Sijil Pembesaran tersebut , syarikat perlu membelanjakan
modal baru untuk pembelian peralatan pengeluaran yang melebihi B$1 juta , atau tidak kurang daripada $500,000 dan boleh menjanakan nilai hasil tidak kurang daripada 30 peratus kos asal jentera berkenaan . Peralatan pengeluaran tersebut hendaklah bertujuan bagi meningkatkan pengeluaran atau keuntungan .
Syarikat yang telah diluluskan untuk pembesaran boleh mendapatkan pengecua lian cukai bagi tempoh sehingga 5 tahun tertakluk kepada syarat-syarat tertentu seperti berikut :
Perbelanjaan Modal Baru Sehingga B$1 juta, Tempoh Pengecualian Cuka ialah 3 Tahun manakala Perbelanjaan Modal Baru yang Lebih B$1 juta, Tempoh Pengecualian Cukai ialah 5 Tahun
Tempoh pengecualian cukai boleh dilanjutkan 3 tahun pada sesuatu masa, tetapi tidak melebihi
jumlah 15 tahun
|