|
Bahagian Perkhidmatan Teknikal bertanggungjawab dalam menyelaras dan memudahkan pembangunan infrastruktur pertanian di Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP) dan premis Jabatan Pertanian. Peranan Bahagian ini meliputi pelbagai operasi termasuk bantuan mekanikal dan kejuruteraan pertanian, pembinaan dan pemuliharaan kemudahan infrastruktur pertanian seperti bangunan, jalan-jalan
utama ladang, saliran dan perparitan, pembekalan tenaga letrik dan air seta kerja-kerja berkaitan dengan hapus kira Jabatan Pertanian.
Aktiviti-aktiviti utama Unit-Unit di bawah Bahagian
Perkhidmatan Teknikal ialah:
- Parit dan Saliran – Mengenalpasti dan menyelidik sistem pengairan yang ada untuk peningkatan atau membaikpulih mengikut perkembangan projek-projek pengairan yang sedang dan akan dikendalikan oleh konsultan.
- Infrastruktur – Memberi perkhidmatan kejuruteraan awam bagi kemudahan infrastruktur ladang di bawah kawalan Jabatan Pertanian yang melibatkan pengendalian dan penyelarasan projek-projek RKN dan projek projek yang dikendalikan oleh konsultan melalui Jabatan Kerja Raya serta memberi perkhidmatan pengukuran tanah yang diperlukan oleh Jabatan.
- Pemeliharaan Projek – Memastikan projek-projek infrastruktur ladang yang sedia ada dan baru di bawah kawalan Jabatan Pertanian yang memerlukan pengendalian dan peningkatan serta pemeliharaan supaya berkeadaan sangat-sangat memuaskan.
- Mekanikal – Menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan mekanikal termasuk rawatan dan pemeliharaan kenderaan, jentera, mesin dan peralatan ladang kepunyaan Jabatan dan mengendalikan proses penghapuskiraan harta benda Kerajaan di bawah kawalan Jabatan.
- Bangunan – Memberi perkhidmatan kejuruteraan bangunan bagi semua bangunan di bawah kawalan Jabatan Pertanian di keempat Daerah yang melibatkan pengendalian bangunan dan menyelaraskan projek-projek bangunan sama ada RKN atau projek-projek yang dikendalikan oleh konsultan melalui Jabatan Kerja Raya.
|