|
Dalam memastikan keselamatan bekalan makanan dan meningkatkan sumbangan ekonomi kepada KDNK, Negara Brunei Darussalam sangat mementingkan pembangunan pertanian dan agrimakanan. Oleh yang demikian, Jabatan Pertanian pada masa ini bergiat aktif untuk membangunkan pelbagai jenis komoditi pertanian serta memudahkan pembelian bahan mentah dan bekalan makanan dari luar.
Fakta menyatakan bahawa pembangunan pertanian adalah yang paling penting di dalam mempertahankan bekalan makanan dan pengeluaran agro-makanan negara. Aktiviti-aktiviti pertanian adalah sumber pengeluaran bahan makanan. Tren pengeluaran pertanian pada tempoh satu dekad lepas menunjukkan jumlah yang membanggakan yang mana nilai pengeluaran primari meningkat dari $82.56 juta pada 1996 kepada $158.98 juta ditahun 2005.
Dalam tahun 2005, sektor ternakan termasuk pemprosesan terus mengungguli pembangunan sektor pertanian dengan harga pasaran bernilai $104.9 juta berbanding dengan sektor tanaman dan pemprosesan bernilai $54.08 juta, yang mana menyumbangkan dalam 66% dan 34% daripada jumlah keseluruhan pengeluaran pertanian. Ternakan Ayam pedaging, telur dan sayur daun adalah komoditi yang sudah mencapai tahap saradiri.
Adalah terbukti dengan kesungguhan pengusaha-agro yang terdiri daripada pengeluar besar komersil, pengusaha kecil dan sederhana (SMEs) dan peladang saradiri yang berminat di dalam menjalankan pengeluaran pertanian secara komersil adalah pendorong kemajuan pertanian di negara ini.
|