HALAMAN UTAMA    WAWASAN    ORGANISASI     MIPR Portal    KERAJAAN BRUNEI    VERSI INGGERIS
 
   
 
 
 

 
 
PEMBANGUNAN TANAMAN
  • Untuk menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan, khidmat nasihat dan dokongan serta pemindahan teknologi kepada peladang di dalam pembangunan tanaman termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, beras dan tanaman ladang serta perlindungan tanaman.
  • Untuk meningkatkan pengeluaran tanaman dengan menggunakan bahan tanaman yang berkualiti.
  • Untuk mengawal kemasukkan musuh dan penyakit-penyakit tanaman yang di import serta kawalselia pengeluaran permit tanaman untuk tujuan import dan eksport.

Fungsi Unit-Unit di bawah Bahagian Pembangunan Tanaman adalah:

  • Pembangunan Buah-Buahan – menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan, khidmat nasihat dan dokongan serta pemindahan teknologi pengeluaran buah-buahan kepada peladang/pengusaha, memperbanyakkan benih tanaman atau klon buah-buahan dan tanaman mata tunas yang berpotensi dan bermutu tinggi, merancang, menyelaras dan menilai aktivitiaktiviti projek industri buah-buahan.
  • Pembangunan Sayur-Sayuran – memberikan khidmat pakar dalam penyaluran teknologi, menjalankan kajian dan penyelidikan agronomi sayur-sayuran, konservasi dan koleksi sayur asli tempatan yang terpilih, potensi penghasilan varieti sayur-sayuran tempatan dan luar negeri.
  • Pembangunan Padi & Tanaman Ladang – Melaksanakan kerja-kerja selidik, pemerhatian, pemantauan dan penilaian terhadap jenis padi, umbisi, rempah-rempahan dan tebu daripada tempatan dan luar negara. Menyebarkan teknologi penanaman padi yang terkini dan memberi galakan kepada peladang padi supaya berusaha mempertingkatkan pengeluaran hasil kearah skala komersil dan sara diri sekurang-kurangnya ditahap rejinal. Mempertingkatkan kerjasama dan usahasama dengan institusi antarabangsa bagi kegiatan aktiviti tanaman padi dan ladang.
  • Musuh Tumbuhan – Mendokong perkembangan industri tanaman melalui penggunaan teknologi pengurusan musuh perosak tanaman yang berkesan, ekonomi dan mesra alam. Memberi khidmat nasihat pengawalan musuh perosak tanaman, mengendalikan pemantauan dan penilaian keberkesanan racun serangga perosak untuk disyorkan, dan mempromosi perlaksanaan program pengurusan serangga perosak secara bersepadu (IPM).
  • Penyakit Tumbuhan – Memberi khidmat dokongan seperti khidmat diagnostik dan pencaman penyakit tanaman, khidmat nasihat melalui lawatan ladang dan memberikan syor pengawalan penyakit, pemantauan dan pengawasan serta kajian berhubung dengan penyakit tanaman kepada pengusaha dan orang ramai. Berperanan sebagai sumber pengetahuan, maklumat dengan memberikan kursus dan penempatan, menerbitkan risalah penyakit tanaman serta mengendalikan pengumpulan kultur dan herbarium penyakit tanaman.
  • Kurantina Tumbuhan – Mengeluarkan import Permit dan Sijil kesihatan tanaman, menguatkuasakan undang-undang dan peraturan kuarantin tanaman, membuat pemeriksaan ke atas bahan hasil tanaman termasuk mengambil contoh musuh perosak dan penyakit tanaman, mengambil contoh sayursayuran dan buah-buahan di pos-pos kawalan bagi penganalisaan kandungan sisa baki racun perosak.