HALAMAN UTAMA    WAWASAN    ORGANISASI     MIPR Portal    KERAJAAN BRUNEI    VERSI INGGERIS
 
   
 
 
 

 
 
TERNAKAN DAN PERKHIDMATAN VETERINARI
  • Untuk menggalakkan dan memudahkan pengeluaran hasil ternakan yang berterusan.
  • Untuk menggalakkan, memudahkan dan memaksimakan penggunaan tapak perusahaan ternakan.
  • Untuk mendokong pembangunan-pembangunan pengeluaran hasil ternakan yang boleh dilaksana.
  • Untuk mewujudkan program penguatkuasaan perundangan industri haiwan.

Fungsi Unit-Unit di bawah Bahagian Ternakan dan Perkhidmatan Veterinar adalah:

  • Unit Kesihatan Awam Veterinar – Mempastikan produk-produk makanan hasil ternakan adalah bersih, bebas daripada jangkitan penyakit dan pencemaran biologi dan kimia serta selamat untuk dimakan. Melaksanakan program-program seperti keselamatan makanan seperti Amalan Baik Pengurusan Ladang Ternakan (GAHP), Amalan Baik Perkilangan (GMP), Logo Pemeriksaan Veterinar dan Analisa Bahaya Titik Kawalan Kritikal (HACCP) di ladang-ladang ternakan, rumah-rumah penyembelihan dan kilang-kilang pemprosesan.
  • Kesihatan Ternakan dan Kurantina – Mengekalkan dan meningkatkan kawalan kesihatan haiwan dan ternakan di Negara ini daripada sebarang jangkitan penyakit, perkara perkara yang boleh menjejaskan kesihatan awam melalui penjagaan kesihatan haiwan/ternakan di klinik dan ladang-ladang dan kawalan import yang berkesan. Selaras dengan kehendak antarabangsa. Unit ini jua berperanan dalam mengawal penyakit haiwan dan ternakan di Negara ini.
  • Perkhidmatan Makmal Veterinar – Perkhidmatan pemeriksaan dan penganalisaan makmal bagi mengesan dan mengenalpasti penyakit haiwan/ternakan melalui perkhidmatan Makmal Diagnostik dan juga perkhidmatan makmal ujian/penganalisaan bagi tujuan keselamatan dan kualiti hasil ternakan melalui Makmal Kawalan Kualiti. Kedua-dua perkhidmatan makmal tersebut bertujuan bagi kesejahteraan/keselamatan orang ramai.
  • Teknologi Pengeluaran Ternakan – Bertindak selaku agen pengumpulan maklumat teknologi-teknologi pernternakan terkini terutama dalam system pengurusan dan pemeliharaan disamping pengekalan genetic bagi spesis ternakan tempatan.
  • Perkhidmatan dan Kemajuan Projek – Agen pemudahcara dan pengurusan kepada komuniti penternak melalui khidmat nasihat dan penagihan insentif kepada penternak.
  • Kemajuan Industri – Mendokong dan menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan industri ternakan di Negara ini melalui perancangan yang teratur termasuk pengurusan yang lebih sempurna, penghasilan yang komprehensif dan berpanjangan serta menggalak industri-industri tempatan untuk menceburi pasaran luar negeri.